Berbuka bersama keluarga adalah perkara yang paling INDAH 😍

Hidup tidak menjadi sempurna jika kita tiada keluarga tidak kira lah sedara mara mahupon sahabat bila kita mula menganggap mereka sebahagian hidup dari kita bermakna mereka adalah keluarga, yang kita mahu habiskan waktu bersama mereka.

Alhamdulillah pada 14 hb 7 Allah memberi kesempatan kepada kami sekeluarga dipertemukan bersama sedara mara serta atok dan nenek untuk berbuka bersama. Bila buka dirumah jawabnya memang kena masak sendiri jawabnya kan. Emak akak dan mak cik semua berggotong royong menyiapkan juadah berbuka.
Menu makanan hari kejadian tidak lah meriah tapi bila diusaha kan bersama itu lah barakah yang membuatkan makanan itu meriah.

20130721-024908 PM.jpg

ni bahan sampingan ada sayur, tauhu, taugeh, cili merah dan hijau, bawang goreng, dan telor

20130721-025635 PM.jpg

mee kuning

20130721-025901 PM.jpg

kuah kari

20130721-030150 PM.jpg

ketam masak lemak cili api

20130721-030422 PM.jpg
ayam goreng

20130721-030436 PM.jpg

pedal hati masak cili api

20130721-030444 PM.jpg
keli masak cili

20130721-030452 PM.jpg
kerabu sayur

20130721-030520 PM.jpg
sambal belacan

Mee kari yang sedap dipengaruhi banyak dari kuah nye pelbagai campuran didalamnye seperti tauhu, kerang dan sebagainya membuat kuah itu menjadi sedap lagi-lagi kalau kuah nye dibuat pekat terasa santannya itu. Dicampur dengan bahan sampingan seperti telor, bawang goreng serta sayur segar. Jika mahukan sedikit pedas campurkan cili besar merah dan hijau. Memang tidak disangka lagi bila emak yang memasaknya cukup segala rasanya. Boleh bukak kedai macam ni.

Perut kami tidak berhenti setakat itu sahaja mula lah peperangan kedua iaitu makanan lauk campur. Ketam masak cili api, kerabu sayur, ayam goreng, keli masak pedas, pedal masak cili api serta sambal belacan kalau anda semua perasan semuanya ada cili api. Haha. Keluarga jawa memang tidak sah kalau tidak ada pedas kalau makan. Tidak perlu nak komen banyak tentang masakan emak kan? Memang cukup sempurna kalau dimasak oleh air tangan emak kan. Itu lah orang dulu kata kalau nak ikat perut suami mestilah isteri itu kena pandai masak. Betul itu memang tidak dinafikan oleh semua lelaki. Memang suami tidak akan jejak kedai luar.

Selesai makanan berat kini tiba pula makanan pencuci mulut pulak. Disebabkan mereka tertumpu dengan masakan utama jadi makanan pencuci mulut hanya lah kuih tunjuk saje. Hehe

20130721-032357 PM.jpg
kuih badak berendam dan popiah sambal

20130721-032409 PM.jpg
samosa dan popiah

20130721-032403 PM.jpg
murtabak

Kuih wajib pada bulan puasa ialah kuih badak berendam memang tangkap jiwa bila makannya. Mak cik nie memang popular dengan kuih badak berendam, tidak terkejut kalau dia jual ni saja tapi dalam kuantiti yang banyak. Murtabak Murjana pulak memang sedap sejak dari tahun lepas lagi bila sesiapa memakannya terasa dia nye bawang, telor, masin, manis nye bergaul dengan kuah kari di dalam mulut yang memakannya.

Selesai makan bersama acara menangkap gambar dan bermain mercun. Belum raya dah terasa keseronokan suasana bersama sanak saudara berkumpul ramai-ramai.
Jika ini yang kebahagian kita cari tidak salah kalau kita menghabiskan masa bersama mereka. 😄

Hadith no. 4635
Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: Sesiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan sesiapa yang memutuskan aku maka Allah pun akan memutuskannya.

Advertisements

Permulaan tentang diri aku.

Assalamualaikum. aku shafiq mat yaman, berumur 25 tahun (x kesah pon owg panggil TUA) dan sedang belajar di MSU ambik Degree in Culinary Art. ni last semester aku dan aku dikerah untuk membuat sebuah blog tentang food di bawah subject Food Critique. sumpah kata abah kau aku tak pernah menaip sebegitu panjang ni. Tapi aku ambik sebagai cabaran. Sedikit sebanyak tentang diri aku ialah aku ni seorang yang simple dan sangat PEMALU😚!! Yea betul tu adik-adik! Aku memang sangat malu dalam semua hal. Haha. Harap badan besar je tapi pemalu. Okay STOP pasal diri aku ni. Sekarang ni nak cerita tugasan aku. Bila jadi pelajar ni memang sikap malas tu tidak lepas dari diri aku ini, walaupon dari segi makanan. Haha. Hari ini 8 July 2013 dalam kol 4 petang aku, lydia, hanim dan lina pergi lepak hammed kat tesco shah alam (dah lah x datang kelas sir! Haha ampun sir!! 😝). Hanim order air milo kosong dan roti bakar. Lydia air teo o suam dan ayam goreng. Lina pula order roti arab serta nescafe ais. Aku pula order maggie goreng ayam bersama teh ais, mungkin ini tekak nak puasa kan. Kami mempunyai masalah dengan orang yang ambik order bila pikirkan balik kelaka pon ada yelah cakap lain dia paham lain. Mungkin “dia” ni baru sampai dari India patut tak paham bahasa kami ni. Hampir 15 minit aku tunggu makanan tak sampai-sampai, hati dah panas tapi masih rilex lagi. Tidak lama kemudian sampai lah     20130708-110012 PM.jpg

Haa ni lah maggie goreng ayam, pandangan pertama memang macam sedap dengan lafaz bismillah aku terus ngap. Perghh kunyahan pertama je aku rase masin bak hang! Mamak ni nak kahwin ke ape? Hahaha. 😝 Tapi perangai aku walaupon makanan tu tak sedap sekali pun aku tetap habiskan ialah pakai duit sendiri tu. tapi aku berjaya habiskan juga.

 

20130708-110450 PM.jpg

Haaa MASIN2 pun habis juga taw. Tinggal tulang je. Nampak tak aku ni kuat makan? Haha. Dengan hati aku yang lara ni pada pukul 9.00 malam tadi aku memang tekad nak masak Macaroni Cabonara. Nak balas dendam keciwa aku petang tadi. Sini aku nak ajar cara masaknya. Memang anak buah aku pon boleh masak lah. Sumpah senang!

Okay dibawah ini adalah bahan-bahannya:-

 20130708-110759 PM.jpg

 •cabonara brand Prego

 

20130708-110809 PM.jpg

 •macaroni brand kak timah ent

20130708-110815 PM.jpg

 •hot dog brand en ramly

Mula2 kita rebus air paip, setelah mendidih air tu kita masukkan macaroni sebanyak yang kita suka serta beberapa batang hot dog! Jap kita tunjuk gambar mana tahu ada yang tak tahu.(awat bahasa aku tiba2 ada guna kita? Terus jadi lembut. memang kalau nak explain kena gaya macam chef wan ker? Haha. Xpe abaikan.)

20130708-112021 PM.jpg

Setelah dah masak betul kita tapis dan biarkan ia kering seketika. Dan boleh la kita masak kuah nye pulak. Bukak tin tu dan tuangkan dalam periuk. Kalau tak nak pekat sangat boleh lah tambah air masak ikut selera korang lah senang cerita. Bila dah mendidih matikan api dan boleh dimakan.

20130708-112448 PM.jpg ni lah hasilnya. Haa curlass kau makan kat rumah je pun tapi nak cantik juga kan. Haha. Kalau dah nama JAWA cili api besar tu memang tak boleh dipisahkan dengan mulut aku. Tak lama kemudian aku macam nak makan pencuci mulut pulak. Haishh godek2 peti ais jumpa ni !!

20130708-112716 PM.jpg

yea ni aiskrem goreng! Haha. Masak ni lagi senang! Panas minyak campak benda ni agak2 warna dah bertukar brown angkat makan panas2 . Perghhhh memang terangkat!

20130708-112906 PM.jpg

tadaaaaa! Aiskrem goreng walaupon nampak macam hangus rase dalam dia masih terasa sejuk manis dan rase strawberry uolsss. Haha. Okay cukuplah untuk hari ini , banyak taip pun orang busan,tak gitu? Haha. Selamat Mencuba! Nantikan blog aku dalam bahasa ENGLISH! Haa percaya kata kak ton, memang susah lah jawapnya. Haha. ariioss… 😎